awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Terbuka AS: Serena Williams tinggalkan gelanggang dengan penuh emosi

Astro Arena
Astro Arena
03/09/2022
09:55 MYT
Tenis Terbuka AS: Serena Williams tinggalkan gelanggang dengan penuh emosi
Apabila ditanya lagi adakah edisi ini pastinya akan menjadi penyertaan terakhirnya dalam Terbuka AS, Williams teragak-agak memandangkan prestasinya masih di tahap baik dengan membiarkan persoalan itu tergantung. - Stadium Astro
SERENA WILLIAMS beremosi dalam wawancaranya selepas perlawanan di Stadium Arthur Ashe -- yang menyaksikan tiket habis dijual -- selepas tewas kepada Ajla Tomljanovic dalam pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.
Williams akhirnya tewas dalam perlawanan yang berlangsung selama tiga jam dan tujuh minit itu. Selama 15 minit dalam 'game' terakhir, Williams menyelamatkan lima mata akhir perlawanan sekali gus menggambarkan semangat juangnya hingga ke saat-saat terakhir.
Jika sebelum ini dia mengesahkan ini adalah kali terakhirnya dia bertanding dalam Terbuka AS, kini dia mula teragak-agak.
"Ia adalah satu perjalanan yang menyeronokkan. Ia merupakan satu perjalanan dan pengembaraan yang paling luar biasa yang pernah saya lalui, maksud saya, dalam hidup saya.
"Saya amat berterima kasih kepada setiap orang yang pernah berkata 'ayuh, Serena' dalam hidup mereka. Saya amat bersyukur," katanya dalam ucapannya yang diawali rasa terima kasihnya atas sokongan keluarga dan peminat terhadapnya selama ini.
Terbuka Amerika | Serena Williams akhiri karier di pusingan ketiga
Apabila ditanya lagi adakah edisi ini pastinya akan menjadi penyertaan terakhirnya dalam Terbuka AS, Williams teragak-agak memandangkan prestasinya masih di tahap baik dengan membiarkan persoalan itu tergantung.
"Saya beraksi dengan cara ini dan menjadi lebih baik -- saya sepatutnya bermula lebih awal tahun ini," katanya sambil ketawa.
"Saya tidak fikir begitu (penyertaan terakhirnya) tetapi anda tidak pernah tahu. Saya tidak tahu." -- Stadium Astro
A speech worth of the @serenawilliams | #USOpen pic.twitter.com/0twItGF0jq
— US Open Tennis (@usopen) September 3, 2022
Topic Berkaitan
#Serena Williams
#Tenis Terbuka Amerika Syarikat
#bersara
#Ajla Tomljanovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan