awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Terbuka AS: Thiem penuhi impian dengan gelaran grand slam pertama

Astro Arena
Astro Arena
14/09/2020
04:54 MYT
Tenis Terbuka AS: Thiem penuhi impian dengan gelaran grand slam pertama
Thiem juga menjadi pemain pertama yang lahir dalam era 90an memenangi gelaran grand slam selepas bersaing selama lebih empat jam. - Foto via Astro ARENA
DOMINNIC Thiem menyifatkan kejayaan menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi sebagai impian menjadi kenyataan selepas bangkit daripada ketinggalan dua set untuk memenangi gelaran grand slam pertamanya di New York.
Selepas tiga kali muncul naib juara kejohanan utama, pemain pilihan kedua kejohanan itu akhirnya menamatkan penantiannya dengan menewaskan Alexander Zverev 2-6, 4-6, 6-4, 6-3, 7-6 di Flushing Meadows.
Pemain berbangsa Austria itu, yang bangkit daripada permulaan perlahannya, menjadi pemain pertama memenangi Terbuka AS selepas ketinggalan dua set dalam era terbuka dan kali pertama sejak 1949.
Thiem juga menjadi pemain pertama yang lahir dalam era 90an memenangi gelaran grand slam selepas bersaing selama lebih empat jam dalam aksi turun naik di Stadium Arthur Ashe itu.
"Sememangnya saya mencapai satu sasaran dalam hidup saya, impian diri saya, di mana saya mahukannya sejak bertahun-tahun lalu," katanya kepada wartawan sebaik menudukkan pemain pilihan kelima dari Jerman, Zverev.
"Sudah pasti, sejak kanak-kanak, sejak saya mula bermain tenis tetapi ia kelihatan terlalu jauh pada ketika itu.
"Kemudian saya semakin hampi ke puncak. Pada satu tahap, saya sedar bahawa, wah, mungkin satu hari nanti saya benar-benar akan memenangi salah satu daripada empat kejohanan besar dalam tenis.
"Saya berusaha dengan gigih untuk mendapatkannya. Maksud saya, saya mendedikasikan seluruh hidup saya sehingga tahap ini untuk memenangi salah satu daripada empat kejohanan utama.
"Kini saya melakukannya. Ia juga satu kejayaan besar buat diri saya.
"Maknanya, ia satu kejayaan bukan untuk diri saya sahaja, ia kejayaan buat seluruh pasukan saya, seluruh keluarga saya.
"Saya fikir hari ini juga merupakan hari saya membalas apa yang telah mereka lakukan untuk saya," katanya.
It had to be like this - my career was always like the match today - many ups and downs and I love the way it turned out. pic.twitter.com/ksFDgIfws8
— Dominic Thiem (@ThiemDomi) September 14, 2020
Topic Berkaitan
#Alexander Zverev
#Amerika Syarikat
#Dominic Thiem
#Grand Slam
#Jerman
#Kanak-kanak
#keluarga
#New York
#Tenis Terbuka Amerika Syarikat
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan