awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Antarabangsa Itali: Impian final Nadal-Djokovic berkecai

Astro Arena
Astro Arena
20/09/2020
05:01 MYT
Terbuka Antarabangsa Itali: Impian final Nadal-Djokovic berkecai
Reaksi Nadal selepas tewas kepada Schwartzman pada perlawanan suku akhir Kejohanan Tenis Antarabangsa Itali, di Rom, 19 Sept, 2020. REUTERS
RAFAEL Nadal menempa kekalahan mengejut di tangan Diego Schwartzman dalam suku akhir Kejohanan Tenis Antarabangsa Itali, sekali gus satu tamparan besar buat raja gelanggang tanah liat itu dalam persediaan menghadapi Terbuka Perancis.
Schwartzman 6-2, 7-5 di Rom mengakhiri rekod 100 peratus Nadal dalam pertemuan mereka malam tadi selepas sembilan kemenangan berpihak kepada pemain Sepanyol itu.
Dalam pertembungan kelima mereka di tanah liat dan yang pertama di permukaan itu sejak pemain nombor dua itu memenangi pertarungan empat set dalam suku akhir Roland Garros 2018, giliran Schwartzman pula mencipta kemenangan.
Ketika mendahului 5-4 dalam set kedua, dia mengetepikan kebangkitan juara 12 kali Terbuka Perancis itu.
Pilihan kelapan itu mengembalikan rentak dan semangatnya untuk melengkapkan kejayaan yang pasti sukar dilupakannya apabila mengakhiri pertarungan tersebut dengan satu pukulan voli yang gagal dijangkau lawan lalu membuatkan Nadal terdampar.
Diego Schwartzman dan Rafael Nadal selepas berakhirnya perlawanan mereka di Terbuka Itali, di Rom, 19 Sept, 2020. REUTERS
Diego Schwartzman dan Rafael Nadal selepas berakhirnya perlawanan mereka di Terbuka Itali, di Rom, 19 Sept, 2020. REUTERS
Keputusan itu mengakhiri prospek final di antara Nadal dan pilihan utama, Djokovic, sementara Schwartzman bakal berhitung dengan pemain dari Kanada, Denis Shapovalov, di peringkat separuh akhir.
Pemain itu meneruskan kemaraan dengan mengetepikan cabaran dari atlet Bulgaria, Grigor Dimitrov, 6-2, 3-6, 6-2.
"Hari ini saya memperagakan aksi terbaik. (Ia hampir) sama dengan aksi menentang Rafa di Roland Garros tiga tahun lalu jadi saya sangat gembira," katanya dalam wawancara pasca perlawanan.
"Saya tidak terlintas untuk mengalahkannya kerana saya tidak beraksi dengan baik akhir-akhir ini. Tetapi hari ini saya melakukan yang terbaik dan saya sangat gembira."
Terdapat situasi jelas yang membelenggu Nadal dalam penyingkiran awal kali ini memandangkan ini adalah kejohanan pertamanya sejak Februari lalu.
Pemain berusia 34 tahun itu memilih untuk tidak beraksi dalam Terbuka Amerika Syarikat (AS) bulan lalu ekoran kebimbangan mengenai perjalanan jarak jauh dalam krisis COVID-19 ini.
Topic Berkaitan
#Diego Schwartzman
#Itali
#Kejohanan Tenis Antarabangsa Itali
#Rafael Nadal
#tenis
#Terbuka Antarabangsa Itali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan