SUKAN
Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik muncul naib juara
Pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut memenangi A$18,050 (RM76,225) sebagai naib juara. - Stadium Astro
Pasangan beregu lelaki terkemuka England, Ben Lane-Sean Vendy, menggagalkan usaha Malaysia untuk meraih kemenangan berganda bersejarah pada kejuaraan badminton Terbuka Artik dengan menewaskan pilihan utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada perlawanan akhir sebentar tadi.
Gandingan England itu yang menghuni ranking ke-15 dunia, memenangi perlawanan sengit itu 21-18, 25-27, 21-17 dalam masa 75 minit.
Aaron-Wooi Yik sekali gus gagal mencipta rekod badminton untuk Malaysia dengan memiliki dua pemenang di Terbuka Artik buat kali pertama selepas Pearly Tan-M Thinaah merangkul mahkota beregu wanita lebih awal.
Di sebalik kekalahan, pasangan negara memenangi ASD18,050 (RM76,225) sebagai naib juara.