awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Artik: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir

Bernama
Bernama
09/10/2025
12:03 MYT
Terbuka Artik: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah berjaya ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 selepas mudah menewaskan gandingan Indonesia di Vantaan Energia Areena, Vantaa, Finland, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah berjaya ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 selepas mudah menewaskan gandingan Indonesia di Vantaan Energia Areena, Vantaa, Finland, hari ini.
Pasangan nombor dua dunia itu tidak berdepan tentangan sengit sebelum mencatat kemenangan 21-15, 21-13 ke atas Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari dalam masa 38 minit pada aksi pusingan 16 terbaik.
Di peringkat suku akhir esok, Pearly-Thinaah yang muncul naib juara edisi lepas, dijadual berdepan pemenang perlawanan Margot Lambert-Camille Pognante dari Perancis dan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun.
Sementara itu, beregu campuran negara Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas hanya mengambil masa 19 minit untuk menundukkan pasangan Itali-England, Innocenzo Santoro-Karen Feng Yun Qiao 21-2, 21-5.
Soon Huat-Shevon bakal berdepan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran selepas pilihan ketiga kejohanan itu menewaskan wakil Republik Czech, Ondrej Kral-Tereza Svabikova 21-15, 21-16
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu wanita negara
#Pearly Tan-M Thinaah
#Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025
#mara ke suku akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan