Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
SUKAN

Terbuka Australia: Empat wakil negara mara ke pusingan kedua

Bernama 20/11/2025 | 00:50 MYT
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Empat wakil Malaysia termasuk beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Australia 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing semalam.

Pada pusingan pertama yang berlangsung di Sydney Olympic Park, Tang Jie-Ee Wei mudah menewaskan gandingan senegara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien 21-19, 21-9 bagi menempah pertemuan menentang beregu Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh.

Bagi acara beregu lelaki, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King meneruskan kemaraan dengan menundukkan gandingan tuan rumah Phillip Halim-Landon Hosea Kurniawan 21-8, 21-11.

Menanti pasangan negara pada aksi hari ini, beregu profesional Goh V Shem-Choi Sol Gyu.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching pula menewaskan wakil Australia Amy Wang 21-10, 21-11 dan akan bertemu pemain Kanada Michelle Li.

Bagi kategori perseorangan lelaki, Aidil Sholeh Ali Sadikin menewaskan rakan senegara Eogene Ewe 21-15, 21-12 dan bakal berentap dengan pemain Jepun Yushi Tanaka di pusingan kedua.

Keputusan lain melibatkan pemain Malaysia:

Perseorangan wanita:

Supanida Katethong (THA) mn K. Letshanaa 21-18, 16-21, 21-18

Beregu campuran:

Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu (INA) mn Jimmy Wong-Lai Pei Jing 21-16, 21-18

-- BERNAMA






#Terbuka Australia #badminton #Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King #Chen Tang Jie-Toh Ee Wei