Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
SUKAN

Terbuka Australia: Tang Jie-Ee Wei hampiri gelaran kedua tahun ini

Bernama 22/11/2025 | 05:30 MYT
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan menentang pasangan Indonesia atau Thailand dalam final. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran kedua mereka tahun ini selepas menampilkan aksi bertenaga untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025 di Sydney hari ini.


Ringkasan AI
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir merangkul gelaran kedua mereka tahun ini setelah menumpaskan pasangan Thailand di separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025.
  • Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal mara ke final ketiga mereka tahun ini selepas tewas kepada pasangan Indonesia dalam pertemuan pertama.
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan menentang pasangan Indonesia atau Thailand dalam final, sementara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa terima kekalahan selepas hanya meraih satu gelaran sepanjang tahun ini.


Pada aksi separuh akhir kejohanan Super 500 yang berlangsung di Quaycentre, Olympic Boulevard itu, juara dunia dan pilihan utama itu mengambil masa 50 minit untuk menumpaskan pasangan Thailand Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai 21-16, 21-14, untuk menempah slot ke final esok.

Beregu nombor empat dunia itu akan menentang sama ada pilihan kedua dari Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu atau pilihan ketiga dari Thailand Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat.

Sementara itu, hasrat beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mara ke final ketiga mereka tahun ini tidak kesampaian selepas tewas mengejut kepada pasangan bukan pilihan dari Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin.

Beregu pilihan kedua itu tewas 15-21, 15-21 dalam masa 42 minit pada pertemuan pertama mereka menentang Raymond-Nikolaus.

Pasangan yang kini menghuni ranking keempat dunia itu hanya meraih satu gelaran tahun ini pada Terbuka India 2025, Januari lepas dan muncul naib juara Terbuka Jepun 2025, Julai lepas.

-- BERNAMA












#beregu campuran #Chen Tang Jie-Toh Ee We #Terbuka Australia #mara ke final