Perdana Menteri telah membentangkan RMK13 hari ini. Dapatkan intipati utama di sini
SPORTS

Terbuka China 2024: Rachel Arnold tawan tembok China, tamatkan kemarau gelaran

Astro Arena 04/11/2024 | 01:20 MYT
Rachel (gambar) mengejutkan Farida yang berada di ranking kelapan dunia dan pilihan utama kejohanan, Rowan Elaraby, dalam peringkat suku akhir dan Aira Azman di separuh akhir. - Foto Astro ARENA
PEMAIN skuasy negara, Rachel Arnold, menamatkan penantian lima tahun gelaran untuk muncul juara Terbuka China 2024 selepas menewaskan lawan dari Mesir, Farida Mohamed, 11-5,11-8,11-8, di Shanghai, China, malam tadi.

Tempoh 27 minit diperlukan Rachel untuk meraih gelaran keduanya selapas kali terakhir dia muncul juara Terbuka Malaysia adalah pada 2019 selepas menewaskan rakan senegara yang merupakan juara bertahan, Low Wee Wern.

Pemain di kedudukan ke-30 dunia yang merupakan pilihan keenam kejohanan itu mengejutkan Farida yang berada di ranking kelapan dunia serta pilihan utama kejohanan, Rowan Elaraby, dalam peringkat suku akhir dan Aira Azman di separuh akhir.

Kemenangan itu menyaksikan dia membawa pulang RM328,700 dan ini merupakan gelaran terbesarnya sepanjang kariernya pada usia 28 tahun.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#Rachel Arnold #Skuasy #Terbuka China 2024 #Malaysia