SUKAN
Terbuka China 2025: Impian Soon Huat-Shevon ke pentas akhir lebur
Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir di pusingan pertama Terbuka China 2025 selepas tewas kepada pasangan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta dalam pertarungan tiga set. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Impian beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 tidak kesampaian selepas tersingkir pada pusingan pertama di Changzhou hari ini.
Ringkasan AI
Ranking keenam dunia itu ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dalam pertarungan tiga set yang berlangsung lebih sejam dengan keputusan 21-18, 22-24, 15-21.
Ini adalah kekalahan kali kedua Soon Huat-Shevon kepada pasangan sama, selain gagal mengekalkan kedudukan selaku naib juara kejohanan itu pada edisi 2024.
Dalam pada itu, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa melupakan hasrat mempertahankan kejuaraan apabila dikejutkan dengan kekalahan kepada gandingan ranking ke-40 dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Kim Dong Ju 15-21, 21-15, 21-17 dalam tempoh 56 minit.
Ia kekalahan berganda buat ranking ketiga dunia itu, yang turut gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun apabila tewas pada aksi final, Ahad lepas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir di pusingan pertama Terbuka China 2025 selepas tewas kepada pasangan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta dalam pertarungan tiga set.
- Kekalahan ini merupakan kali kedua mereka tewas kepada pasangan sama dan gagal mengulangi pencapaian sebagai naib juara pada edisi 2024.
- Beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut gagal mempertahankan kejuaraan apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Kim Dong Ju, menjadikan kekalahan berganda selepas tewas di final Terbuka Jepun sebelum ini.