SUKAN
Terbuka China 2025: Langkah Pearly-Thinaah disekat beregu tuan rumah
Pearly-Thinaah setakat ini mempunyai satu gelaran diraih musim ini, iaitu kejuaraan Terbuka Thailand 2025 yang dimenangi pada Mei. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Hasrat beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 di Changzhou tidak kesampaian apabila tumpas pada aksi separuh akhir, hari ini.
Ringkasan AI
Dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, pasangan pilihan ketiga kejohanan itu tewas 14-21 dan 17-21 kepada Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dalam tempoh 38 minit, sekali gus melebarkan rekod empat kekalahan kepada pasangan China itu dalam lima pertemuan sebelum ini.
Pearly-Thinaah setakat ini mempunyai satu gelaran diraih musim ini, iaitu kejuaraan Terbuka Thailand 2025 yang dimenangi pada Mei.
Yi Fan-Shu Xian seterusnya akan berdepan sama ada rakan senegara, Liu Sheng Shu-Tan Ning atau gandingan Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dalam aksi final yang dijadual berlangsung esok.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah tewas di separuh akhir Terbuka China 2025 kepada pasangan China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dengan keputusan 14-21, 17-21 dalam masa 38 minit.
- Kekalahan ini mengekalkan rekod empat kekalahan daripada lima pertemuan dengan pasangan China itu, walaupun Pearly-Thinaah pernah menjuarai Terbuka Thailand 2025 pada Mei lalu.
- Pasangan Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian akan bertemu Liu Sheng Shu-Tan Ning atau Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dalam perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung esok.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, pasangan pilihan ketiga kejohanan itu tewas 14-21 dan 17-21 kepada Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dalam tempoh 38 minit, sekali gus melebarkan rekod empat kekalahan kepada pasangan China itu dalam lima pertemuan sebelum ini.
Pearly-Thinaah setakat ini mempunyai satu gelaran diraih musim ini, iaitu kejuaraan Terbuka Thailand 2025 yang dimenangi pada Mei.
Yi Fan-Shu Xian seterusnya akan berdepan sama ada rakan senegara, Liu Sheng Shu-Tan Ning atau gandingan Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dalam aksi final yang dijadual berlangsung esok.
-- BERNAMA

#Pearly Tan-M Thinaah
#badminton terbuka Jepun
#kalah kepada pasangan China
#tersekat di separuh akhir