awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik teruskan rentak cemerlang mara ke suku akhir

Bernama
Bernama
20/10/2022
20:23 MYT
Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik teruskan rentak cemerlang mara ke suku akhir
Aaron-Wooi Yik (gambar) dijadual bertemu pasangan India R Satwiksairaj-Chirag Shetty pada perlawanan suku akhir Jumaat. - Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Juara beregu dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak kecemerlangan, apabila berjaya mara ke peringkat suku akhir kejohanan badminton Terbuka Denmark 2022 di Odense semalam.
Gandingan nombor satu negara itu, hanya mengambil masa 31 minit untuk mengenepikan pasangan Perancis Lucas Corvee-Ronan Labar, 21-13, 21-18 pada perlawanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena.
Aaron-Wooi Yik yang merupakan gandingan di ranking keempat dunia, dijadual bertemu pasangan India yang juga pilihan ketujuh perlawanan R Satwiksairaj-Chirag Shetty, pada perlawanan suku akhir hari ini.
Pada masa sama, perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia turut melangkah ke suku akhir selepas menumpaskan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama 21-5, 21-19.
Pemain ketiga dunia itu bakal berentap dengan perseorangan Indonesia Jonatan Christie pada suku akhir hari ini.
Sementara itu, beregu campuran negara Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie, mencipta sensasi apabila menewaskan rakan sepasukan Tan Kian Meng dan pasangannya Lai Pei Jing 18-21, 24-22, 22-20.
Pasangan ke-13 dunia itu, bakal bertemu pilihan kedua kejohanan Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun, pada pertembungan suku akhir.
Bagaimanapun, perjuangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah terhenti, apabila disingkirkan pasangan China yang juga pemain pilihan utama kejohanan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan 21-18, 20-22, 21-17.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Denmark
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#suku akhir
#cemerlang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan