SUKAN
Terbuka Denmark: Hon Jian-Muhammad Haikal tewas kepada gandingan handalan China
Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri (gambar) tewas 19-21, 21-18, 15-21 dalam pertarungan sengit selama 53 minit kepada Liang Wei Keng-Wang Chang. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menampilkan aksi bertenaga sebelum tewas kepada pasangan handalan China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 di Odense, Selasa.
Pasangan tidak disenaraikan itu tewas 19-21, 21-18, 15-21 dalam pertarungan sengit selama 53 minit kepada pilihan kelima kejohanan yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Jyske Bank.
Sementara itu, beregu profesional lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan gandingan China, Xie Haonan-Zeng Wei Han 21-13, 21-15.
Cabaran besar menanti pasangan ranking dunia ke-24 itu apabila dijadual menentang juara dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada pusingan seterusnya.
Pasangan pilihan utama kejohanan itu sebelum ini mudah menewaskan beregu tuan rumah, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer 21-11, 21-11.
-- BERNAMA