Skip to main content

Sukan

Terbuka Denmark milik Chong Wei

71350875811_120x90.jpg
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima hadiah hari jadi ke-30 paling istimewa apabila menjuarai Kejohanan Yonex Terbuka Denmark yang berlangsung di Odense, Denmark malam ini waktu Malaysia.

Pemain nombor satu dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan menundukkan cabaran pemain China Du Pengyu yang memberi tentangan sengit sebelum akur 15-21, 21-12, 21-19.

Chong Wei membawa pulang wang tunai US$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, beregu lelaki negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21.

Advertisement

Must Watch Video