Insiden Pelajar Perempuan Maut Ditikam di Sekolah - Ikuti info terkini di sini
SUKAN

Terbuka Denmark: Tang Jie-Ee Wei cemerlang ke pusingan kedua

Astro Arena 15/10/2025 | 01:10 MYT
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (gambar) tidak berdepan masalah menewaskan Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang dari Taiwan, di Jyske Bank Arena lewat malam tadi. - Foto Astro ARENA
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Denmark apabila menewaskan gandingan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang, di Jyske Bank Arena lewat malam tadi.

Pasangan juara dunia itu ketinggalan sejak dari awal permainan tetapi sebaik mengikat kedudukan 11-11, mereka tidak lagi menoleh ke belakang untuk memenangi set pertama 21-15.

Penguasaan hampir sempurna dipamerkan gandingan negara itu dalam set kedua untuk tidak pernah ketinggalan sebaik meraih mata pertama sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan 21-9 selepas secara keseluruhan bertarung selama 32 minit.

Menanti mereka bagi penentuan ke suku akhir esok ialah pasangan China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying.








#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei #Terbuka Denmark #Taiwan #beregu campuran negara