SUKAN

Terbuka Denmark: Tang Jie-Ee Wei tempah slot separuh akhir

Bernama 17/10/2025 | 12:59 MYT
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 selepas mengetepikan cabaran gandingan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi suku akhir hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 selepas mengetepikan cabaran gandingan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pada aksi suku akhir hari ini.

Pada pertembungan di Jyske Bank Arena, Odense, pilihan keempat kejohanan itu hanya mengambil tempoh 38 minit untuk merakamkan kemenangan 21-17, 21-11 ke atas pilihan kelapan itu.

Menanti jaguh dunia itu di separuh akhir adalah antara pilihan utama kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin atau Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark.

Dalam pada itu, perjuangan pasangan beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong berakhir selepas tewas kepada juara bertahan yang juga pilihan kelima dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 19-21, 18-21.

-- BERNAMA

#beregu campuran negara #Kejohanan Badminton Terbuka Denmark #Chen Tang Jie-Toh Ee Wei #Separuh Akhir