KUALA LUMPUR: Pemain peseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, hanya tinggal selangkah untuk merangkul gelaran Kejohanan Terbuka Denmark 2022 selepas menewaskan juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew dari Singapura, pada aksi separuh akhir Sabtu.
Selaku pemain nombor tiga dunia, Zii Jia, ketandusan gelaran selepas Terbuka Thailand, Mei lalu, menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan seteru lamanya, dengan 21-18, 21-15, pada kejohanan di Arena Jyske Bank, Odense.
Kejayaan tersebut merupakan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas Kean Yew selepas Kejuaraan Berpasukan Asia, Februari lalu dan suku akhir Terbuka Indonesia, Jun lalu.
Zii Jia, pilihan keempat kejohanan, mara ke final ketiga tahun ini, akan bertemu pemenang antara wakil China, Shi Yu Qi dan pemain Jepun, Kodai Naraola pada final, hari ini.
Ketika juara Asia itu melangkah ke final, tiga lagi wakil negara terkandas di separuh akhir termasuk juara beregu lelaki dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Beregu nombor empat dunia itu tewas kepada pasangan Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-17, 13-21, 21-17 dalam perlawanan selama 51 minit.
Marcus-Kevin, atau lebih dikenali 'The Minions' akan menentang pasangan senegara dan pilihan kelima kejohanan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di pentas final selepas mengalahkan beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 21-16, 22-20.
Di samping itu, beregu campuran negara, Goh Soh Huat-Shevon Lai turut ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan China dan pilihan ketiga kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, 16-21, 22-24.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022

Zii Jia menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan seteru lamanya, dengan 21-18, 21-15, pada kejohanan di Arena Jyske Bank. - Foto Facebook/Badminton Association of Malaysia

Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007168/34651833521675039409896_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hakim Rahman.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuk 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Sebelum ini, Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa.

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.

Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Tapak perkhemahan: Selangor ambil kira kepentingan semua pihak
Panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.

Lee Zii Jia perlukan jurulatih - Roslin Hashim
Penurunan prestasi menyaksikan Zii Jia turut berdepan penurunan ranking dunia dari tangga kedua ke tangga keempat.

Indonesia Masters: Zii Jia sekali lagi gagal lepasi pusingan awal
Lee Zii Jia mengalami penyingkiran pusingan awal kali ketiga berturut-turut apabila tumpas kepada pemain berpengalaman Hong Kong, Angus Ng Ka Long, pada pusingan kedua, Indonesia Masters 2023.

Masters Indonesia: Zii Jia mulakan kempen dengan kemenangan
Zii Jia tenang melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Taiwan, Lin Chun Yi dengan kemenangan straight set 21-18, 21-17 dalam tempoh 41 minit.

Aaron-Wooi Yik nombor dua dunia, Zii Jia turun dua anak tangga
Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik satu anak tangga dalam ranking terbaharu BWF selepas meraih 84,518 mata daripada 16 kejohanan yang disertai mereka.

Percayakan Zii Jia - Choong Hann
Jaguh kebangsaan itu mungkin sedang berdepan saat sukar, namun Choong Hann percaya Zii Jia memerlukan masa untuk membuktikan dirinya.

Aaron-Wooi Yik cabar rakan senegara di suku akhir Terbuka India
Mereka bangkit daripada ketinggalan set pertama sebelum mengatasi Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dalam pertarungan selama 55 minit.

Zii Jia tewaskan pemain Indonesia di Terbuka India
Pemain badminton profesional Malaysia Lee Zii Jia beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada kejohanan badminton Terbuka India 2023.

Masalah angin perkara biasa - Rashid
Masalah angin timbul di mana-mana venue kejohanan waima Axiata Arena sekali pun.

'Mati pun matilah... saya tidak menyesal' - Zii Jia
Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia belum terfikir mahu kembali mendapatkan khidmat seorang jurulatih.

Terbuka Malaysia: Naraoka tewaskan Zii Jia di pusingan pertama
Beliau terpaksa menerima permulaan yang buruk untuk musim 2023, namun berharap akan dapat melakukan yang lebih baik selepas ini.