SUKAN
Terbuka AS: Djokovic mudah singkir Griekspoor untuk ke pusingan ketiga
Reaksi Novak Djokovic ketika bermain dalam pertemuan dengan Tallon Griekspoor dalam pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka AS di New York, 2 Sept, 2021. (Foto AP)
PEMAIN nombor satu dunia yang sedang memburu sejarah, Novak Djokovic, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Tallon Griekspoor 6-4, 6-3, 6-2 hari ini.
Djokovic meletakkan misi untuk menjadi pemain ketiga memenangi kesemua empat gelaran grand slam dalam satu musim -- buat kali pertama sejak Rod Laver melakukannya pada 1969.
Pemain pilihan utama itu, yang turut memburu rekod 21 gelaran grand slam -- kini terikat 20 kejuaraan dengan Rafael Nadal dan Roger Federer -- hanya memerlukan sejam dan 39 minit untuk menamatkan saingan Griekspoor di Stadium Arthur Ashe.
Menantinya dalam pusingan ketiga adalah bintang Jepun dan finalis edisi 2014, Kei Nishikori.