awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka dunia: Nicol cipta sejarah

Bernama
Bernama
22/12/2012
04:38 MYT
Terbuka dunia: Nicol cipta sejarah
Pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol David, merangkul gelaran Terbuka Dunia yang ketujuh selepas menumpaskan Laura Massaro dari England dalam perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia pada Jumaat.
Menurut laman sesawang rasmi pertandingan itu, www.worldopensquash.com, pemain berusia 29 tahun dari Pulau Pinang itu menyingkirkan pemain pilihan ketiga itu dalam masa kurang setengah jam.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Camana Bay di Kepulauan Cayman pada 9 malam waktu tempatan (10 pagi waktu Malaysia), Nicol menumpaskan Laura dalam straight set 11-6, 11-8 dan 11-6. Dengan kemenangan itu, Nicol mencipta sejarah tersendiri dan kejohanan skuasy wanita untuk menjulang tujuh gelaran dunia.
Enam gelaran Terbuka Dunia sebelum ini yang dimenangi ratu skuasy negara bermula di Hong Kong pada 2005, diikuti Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan dua kali di Belanda (2009 dan 2011).
Topic Berkaitan
#Datuk Nicol David
#Laura Massaro
#nombor satu
#world open
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan