Terbuka Indian Wells: Nadal mara ke final buat kali kelima

Astro Arena
Mac 20, 2022 04:05 MYT
Nadal memperbaiki rekod musim 2022 dengan 20-0 dan meraih slot ke final Indian Wells Masters buat kali kelima. - Foto AP
RAFAEL NADAL melanjutkan kemenangan berturut-turutnya pada 2022 kepada 20 perlawanan dan meraih slot ke final Terbuka Indian Wells Masters yang kelimanya selepas kemenangan mendebarkan tiga set ke atas rakan senegara, Carlos Alcaraz.
Pilihan keempat itu mara ke final dengan kemenangan 6-4, 4-6, 6-3 ke atas pilihan ke-19 Alcaraz dalam tempoh tiga jam dan 12 minit, dengan Nadal bakal bertemu wakil Amerika Syarikat, Taylor Fritz.
Nadal memperbaiki rekod musim 2022 dengan 20-0, meraih slot ke final Indian Wells Masters buat kali kelima dan yang pertama sejak 2013.
Wakil Sepanyol itu memenangi edisi 2007, 2009, 2013 dan naib juara pada 2011.
#Rafael Nadal #Indian Wells Masters #tenis #Carlos Alcaraz