KUALA LUMPUR: Kecederaan lutut kiri yang dialami pemain beregu wanita negara, memaksa Pearly Tan mengakhiri perjuangannya bersama M Thinaah setakat pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2022 hari ini.
Walaupun berjaya mengatasi lawan dari Korea Selatan Baek Ha Na-Lee Yu Lim 21-13 pada set pertama, Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu tewas 19-21 pada set kedua.
Selepas ketinggalan 11-16 dalam set penentuan, Pearly mengambil keputusan menarik diri dan dalam tangisan meninggalkan gelanggang di Arena Maruzen Intec, Osaka menggunakan kerusi roda sementara wakil Korea Selatan itu mara ke suku akhir kejohanan.
Sementara itu, hanya tiga wakil Malaysia melepasi pusingan kedua di Terbuka Jepun 2022.
Beregu lelaki profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke suku akhir selepas menumpaskan beregu Perancis Christo Popov-Toma Junior Popov, 21-13, 21-13 dalam masa 33 minit.
Yew Sin-Ee Yi akan berhadapan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dalam suku akhir selepas beregu Korea Selatan itu mengalahkan wakil Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, 21-15, 21-13.
Dua lagi wakil Malaysia, terdiri daripada beregu campuran profesional Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei juga layak ke suku akhir.
Kian Meng-Pei Jing yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan mengatasi pasangan Taiwan Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang, 14-21, 21-11, 21-15.
Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia BWF 2022, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping menanti Kian Meng-Pei Jing dalam pusingan seterusnya selepas pasangan China itu menundukkan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia, 21-13, 21-18.
Tugas berat menanti Pang Ron-Ee Wei kerana mereka akan menentukan slot ke separuh akhir dengan menentang Jaguh Dunia semasa Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China esok.
Pang Ron-Ee Wei menewaskan pasangan Belanda Robin Tabeling-Selena Piek, 29-30, 21-18, 21-11 sementara Si Wei-Ya Qiong menundukkan wakil Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, 21-7, 21-11.
Lain-lain Keputusan :
---------------------------
(Nota: Malaysia melainkan dinyatakan)
Beregu Wanita:
Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (CHN) mn Vivian Hoo-Lim Chiew Sen 21-16, 21-14
Beregu Campuran:
Yuta Watanabe-Arisa Higashino (JPN) mn Goh Soon Huat-Shevo Lai Jemie 21-13, 21-8
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 01 2022
Walaupun berjaya mengatasi lawan dari Korea Selatan 21-13 pada set pertama, Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu tewas 19-21 pada set kedua. - Gambar fail
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Badminton Masters Jepun: Pasangan junior negara tewaskan pasangan senior
Gandingan beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka lebih unggul daripada pasangan senior profesional negara.
Aaron-Wooi Yik tersingkir di suku akhir Terbuka Jepun
Kegagalan terus menghantui beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas tersingkir di peringkat suku akhir Terbuka Jepun.
Terbuka Jepun: Tewas kepada Nishimoto, Zii Jia kian dibelenggu badi pusingan pertama
Zii Jia tewas kepada Kenta Nishimoto dalam aksi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Gimnasium Yoyogi, Tokyo.
Badminton Terbuka Jepun: Empat beregu Malaysia bermula cemerlang
Empat beregu Malaysia bermula cemerlang di pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2023 di Tokyo, hari ini.
Keadaan Pearly Tan semakin baik, tunggu keputusan MRI
Pearly mengalami kecederaan itu ketika dia dan Thinaah menghadapi wakil Korea Selatan, Baek Ha Na-Le Yu Lim, Khamis lalu.
Terbuka Jepun: Pearly Tan tarik diri akibat kecederaan lutut
Kecederaan lutut kiri yang dialami pemain beregu wanita negara, memaksa Pearly Tan mengakhiri perjuangannya bersama M Thinaah setakat pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2022 hari ini.
Terbuka Jepun: Chong Wei kecundang di tangan Axelsen
Hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk menjulang gelaran Siri Super Terbuka Jepun buat kali ketujuh musnah sebaik tunduk 14-21, 21-19, 14-21 di tangan juara dunia, Viktor Axelsen.
Chong Wei hanya selangkah rangkul gelaran ketujuh Terbuka Jepun
Chong Wei, 35, selaku juara bertahan dan pemain pilihan kelima, hanya mengambil masa 39 minit untuk menempah tiket final selepas mengetepikan pilihan kedua, Shi Yuqi dari China 21-19, 21-18.
Lee Chong Wei raih gelaran keenam Terbuka Jepun
Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran keenam selepas muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun, hari ini.
Chong Wei mara ke final Terbuka Jepun
Jaguh badminton negara itu mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pemain Jerman, Marc Zwiebler, 21-14, 21-15.