[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
SUKAN

Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzuddin tempah slot suku akhir

Bernama 18/07/2025 | 00:00 MYT
Pearly Tan-M Thinaah (gambar) menewaskan Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu dari Taiwan, 21-14 21-16 dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Jepun, pada Khamis. - Foto BAM
KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun selepas menewaskan pasangan Taiwan, Hsieh Pei Shan- Hung En Tzu, pada aksi pusingan kedua, semalam.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan banyak masalah apabila mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-16 dalam masa 35 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Juara Terbuka Thailand itu dijadualkan bertemu gandingan Korea Selatan, Jeong Na-eun-Lee Yeon Woo di pentas suku akhir hari ini.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan beregu tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-19, 21-18.


Pasangan ranking nombor satu dunia itu akan membuat perhitungan dengan gandingan Indonesia yang berada di ranking kelima dunia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Turut mara, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan China, Huang Di-Liu Yang 21-19, 14-21, 22-20.


Pasangan pilihan keenam kejohanan itu bakal berdepan pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae di suku akhir.

Terbuka Jepun merupakan kejohanan bertaraf Super 750 dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$950,000 (kira-kira RM4 juta).



KEPUTUSAN LAIN:

(NOTA: Semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan. Tanda [ ] menandakan kedudukan pilihan)



Beregu Lelaki:

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Chen Zhi Yi-Presley Smith (USA) 19-21, 21-14, 21-19

Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong mn [4] Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (DEN) 21-16, 15-21, 21-19



Beregu Campuran:

[4] Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mn Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu (INA) 17-21, 21-16, 21-12

[6] Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mn Terry Hee Yong Kai-Jin Yu Jia (SGP) 21-14, 21-17

[2] Jiang Zhenbang-Wei Yaxin (CHN) mn Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-9, l 21-6



-- BERNAMA



#Pearly Tan-M Thinaah #Terbuka Jepun #Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani #Man Wei Chong-Tee Kai Wun #badminton