SUKAN

Terbuka Korea: Beregu campuran negara tersingkir di suku akhir

Bernama 26/09/2025 | 07:55 MYT
Pasangan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas kepada beregu China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 9-21, 21-18, 8-21, dalam masa 43 minit. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kempen beregu campuran negara di Terbuka Korea 2025 berakhir di peringkat suku akhir dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Suwon, hari ini.


Ringkasan AI
  • Kempen beregu campuran Malaysia di Terbuka Korea 2025 berakhir di suku akhir selepas Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas kepada pasangan China
  • Pasangan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut tersingkir selepas tewas kepada beregu Denmark dalam masa 33 minit
  • Goh-Shevon kini mencatatkan sembilan kekalahan daripada sepuluh pertemuan dengan Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin


Pasangan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas kepada beregu China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 9-21, 21-18, 8-21, dalam masa 43 minit.

Kekalahan tersebut merupakan yang kesembilan daripada 10 pertemuan dengan gandingan utama dunia itu.

Satu lagi pasangan Malaysia, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, juga tersingkir selepas tewas 12-21, 8-21 kepada Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark, dalam masa 33 minit.

-- BERNAMA



#beregu campuran #Terbuka Korea #suku akhir #Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie