SUKAN
Terbuka Korea: Hon Jian-Muhammad Haikal mara ke pusingan kedua
Hon Jian-Muhammad Haikal (gambar) akan bertemu pemenang perlawanan antara Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun dan wakil Indonesia Muhammad Rian Ardianto-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dalam pusingan seterusnya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Korea 2025 di Suwon semalam.
Hon Jian-Muhammad Haikal menewaskan pasangan Thailand Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-19, 21-12 selepas 36 minit permainan di Suwon Gymnasium.
Gandingan itu akan bertemu pemenang perlawanan antara pilihan keempat kejohanan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun dan wakil Indonesia Muhammad Rian Ardianto-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dalam pusingan seterusnya.
Sementara itu, tiga beregu lelaki negara menamatkan kempen kejohanan semalam..
Low Hang Yee-Ng Eng Cheong terpaksa menarik diri ketika menentang beregu Jepun Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita manakala Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong tunduk 18-21, 12-21 kepada beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.
Lau Yi Sheng-Lim Tze Jian juga terkandas selepas tunduk kepada pasangan tuan rumah Song Hyun Cho-Jin Sung Ik 7-21, 17-21.
Dalam saingan beregu wanita, wakil negara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewas 13-21, 11-21 kepada gandingan Taiwan Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun manakala dalam pusingan kelayakan beregu campuran, Loo Bing Kun-Go Pei Kee tampil garang namun dikecewakan beregu Taiwan Lin Bing Wei-Lin Jhih Yun 19-21, 18-21.
-- BERNAMA