KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing memastikan Malaysia tidak terus hampa dalam suku akhir Kejohanan Terbuka Korea 2022 hari ini dengan memastikan slot ke separuh akhir milik mereka.
Pilihan kedua kejohanan Kian Meng-Pei Jing menundukkan pilihan kelima Ou Xuanyi-Huang Yaqiong dari China 21-18, 21-17 di Stadium Palma, Suncheon untuk bertemu pilihan keenam Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia pada separuh akhir nanti.
Pasangan Indonesia itu juga menumpaskan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 15-21, 21-18, 21-16 dari Jepun dalam perlawanan suku akhir mereka.
Bagaimanapun, perjuangan wakil negara dalam acara masing-masing terhenti setakat suku akhir sahaja.
Pemain perseorangan negara yang sedang meningkat naik, Ng Tze Yong yang berada di ranking ke-45 dunia tewas 11-21, 12-21 kepada pemain nombor 156 dunia Weng Hongyang dari China dalam 39 minit.
Satu lagi beregu campuran negara Ong Yew Sin-Goh Liu Ying tidak memberikan laluan mudah kepada lawan mereka dan tewas kepada pasangan Korea Selatan Kim Won-ho-Jeong Na-eun 14-21, 23-21, 16-21.
Jaguh perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menyertai kejohanan pertamanya sejak Jun lepas tidak dapat beraksi dengan lancar dan kecundang 15-21, 18-21 kepada wakil Korea Selatan Kim Ga-eun.
Tiada berita gembira juga buat pemenang pingat gangsa beregu lelaki Kejohanan Dunia 2021 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas mereka dikecewakan beregu Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, 19-21, 20-22.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Kian Meng-Pei Jing memastikan slot ke separuh akhir milik mereka. - Gambar fail/ Bernama

Insiden bakar al-Quran: OIC tuntut tindak balas tegas
Tindakan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

Cabaran Malaysia pada Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 berakhir
Beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing ternyata bukan tandingan kepada beregu China, Zheng Si Wei-Huang Qiong apabila tewas mudah 10-21, 15-21 dalam masa 27 minit.

Badminton Dunia BWF: Dua beregu campuran negara ke suku akhir
Dua beregu campuran negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.

Terbuka Korea: Kian Meng-Pei Jing tidak sangka tamat kemarau lima tahun
Ini final kedua Jelajah Dunia BWF buat Kian Meng-Pei Jing selepas bergelar naib juara Terbuka Singapura pada 2019.

Terbuka Korea: Kian Meng-Pei Jing menyinar, rakan lain terkandas
Beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing memastikan Malaysia tidak terus hampa dalam suku akhir Kejohanan Terbuka Korea 2022 hari ini dengan memastikan slot ke separuh akhir milik mereka.

Zulfadli, beregu campuran mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis
Pemain perseorangan lelaki negara, Zulfadli Zulkiffli dan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Perancis.