SPORTS

Terbuka Korea: Tang Jie-Ee Wei bangkit roboh tembok China untuk bergelar juara

Astro Arena 01/09/2024 | 03:45 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Terbuka Korea hari ini. - Gambar/ Stadium Astro
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Terbuka Korea selepas berjaya mengatasi pasangan China, Guo Xin Wa-Li Qian di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan sebentar tadi.

Kedua-dua beregu mempamerkan aksi cemerlang di set pertama, saling mengutip mata demi mata sebelum wakil China terlebih dahulu menoktahkan set pertama dengan kemenangan 21-17.

Ketinggalan dalam set pertama tidak menggugat corak permainan Tang Jie-Ee Wei, apabila mereka memperkemaskan aksi sebelum menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-13 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Segalanya serba menjadi buat pasangan negara itu apabila berjaya mendahului 13-8 menerusi corak permainan pantas yang gagal disaingi beregu China itu.

Mereka berjaya mengekalkan kelebihan sehingga tamat permainan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-13. - Stadium Astro







#Terbuka Korea #beregu campuran #Tang Jie #Ee Wei