SUKAN
Terbuka Macau: Dendam akhirnya terlunas, kata Wan Arif-Roy King selepas bergelar juara
Wan Arif-Roy King menamatkan penantian untuk meraih gelaran sulung Jelajah Dunia BWF selepas muncul juara Terbuka Macau pada Ahad. - Foto Astro ARENA
BEREGU lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, berkata kejayaan menjulang kejuaraan Terbuka Macau bukan sahaja menamatkan penantian gelaran mereka dalam Siri Jelajah Dunia BWF.
Malah, kata mereka, ia turut melunaskan dendam peribadi ke atas pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Mohamad Reza Pahlevi Isfahani.
Gandingan negara itu tewas kepada Gutama-Isfahani dalam final Master Sepanyol pada Mac tahun lalu tetapi kali ini, mereka lebih unggul untuk bergelar juara dengan kemenangan 22-20, 21-18.
Wan Arif, selepas perlawanan itu, berkata: "Kami akhirnya dapat melunaskan dendam selepas tewas kepada mereka dalam final di Madrid tahun lalu.
"Kali ini, kami dapat membalas dendam, jadi saya amat bersyukur dan gembira."

#Terbuka Macau
#Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani
#Wan Arif-Roy King
#Jelajah Dunia BWF