awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
07/01/2026
22:40 MYT
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua
Aksi Aaron-Wooi Yik ketika menentang Chen Zhi Yi dan Presley Smith pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena, Kuala Lumpur, 7 Jan 2026. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Walaupun melakukan beberapa kesilapan pada set kedua, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026 selepas menewaskan pasangan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Presley Smith dalam straight set di Axiata Arena di sini semalam.

Ringkasan AI
  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026 selepas kalahkan pasangan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Presley Smith dalam straight set.
  • Mereka berharap kemenangan itu menjadi permulaan positif dan akan berbincang untuk tingkatkan prestasi sebelum aksi seterusnya.
  • Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Korea Selatan dan Malaysia Choi Sol Gyu-Goh V Shem.

Wooi Yik berkata beliau berharap kemenangan itu menjadi permulaan yang positif dan mereka akan mengadakan perbincangan untuk memperbaiki prestasi menjelang aksi seterusnya.
"Saya rasa kedua-dua kemungkinan (sama ada menentang pasangan China atau Taiwan) tidak menjanjikan laluan mudah untuk kami kerana ini adalah permulaan dan juga tahun yang baharu.
"Kami perlu menyesuaikan diri dengan cepat. Saya harap hari ini menjadi permulaan yang positif dan kami akan berbincang tentang apa yang boleh diperbaiki kerana setiap situasi berbeza," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Pilihan kedua kejohanan itu akan bertemu sama ada pasangan China Chen Xu Jun-Liu Yang atau pasangan Taiwan Liu Kuang Heng-Yang Po Han.
Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King turut memastikan tempat di pusingan kedua selepas menewaskan gandingan kombinasi Korea Selatan dan Malaysia Choi Sol Gyu-Goh V Shem 22-20, 21-12.
"Alhamdulillah, kami berjaya menebus kekalahan kepada lawan sama dalam pertemuan terakhir di Australia yang menyaksikan kami tewas straight set.
"Kami sedang mendahului ketika itu tetapi hilang fokus. Hari ini kemenangan berpihak kepada kami. Melunaskan dendam dan mara ke pusingan kedua adalah bonus untuk kami," kata Wan Arif.
Wan Arif-Roy King akan menentang wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, beregu yang pernah menewaskan pasangan itu sebanyak tiga kali sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Malaysia
#Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan