KUALA LUMPUR: Raja pecut Asia Tenggara Muhammad Haiqal Hanafi perlu membuktikan sesuatu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia hujung minggu ini, jika berhasrat mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA Hanoi dari 12 hingga 23 Mei ini.
Muhammad Haiqal yang merangkul emas 100 meter (m) dengan catatan 10.35 saat pada Sukan SEA 2019 di Filipina dan seorang lagi pemenang emas 100m Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Khairul Hafiz Jantan, masing-masing belum berjaya melayakkan diri ke Hanoi, Vietnam.
Ketua Jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata secara keseluruhan 15 atlet sudah melayakkan diri bagi kategori A termasuk tiga pelari pecut acara 100m iaitu Russel Alexander Nasir Taib, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Muhammad Arsyad Md Saat.
Justeru, beliau berkata Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menetapkan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysian yang dijadual berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil di sini, sebagai peluang terakhir atlet melayakkan diri selain menjadi platform untuk KOM membuat penilaian pemilihan atlet.
"Biarpun ada atlet yang sudah layak, ia belum muktamad kerana kami akan putuskan berdasarkan keputusan pada saingan Terbuka Malaysia 5 dan 6 Mac ini. Hanya atlet terbaik akan dipilih ke Hanoi.
"Jadi peluang masih terbuka kepada mana-mana atlet untuk merebut tiket ke Sukan SEA tahun ini. Saya percaya ada beberapa lagi atlet yang akan melayakkan diri menerusi Terbuka Malaysia kali ini," katanya pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di Wisma OCM di sini, pada Selasa.
Pada masa sama, Mohd Manshahar berkata kejohanan itu juga bakal menyaksikan persaingan sengit antara empat atlet jarak sederhana yang masing-masing telah melayakkan diri dalam acara 1500m bagi merebut dua slot ke Hanoi.
Empat atlet itu adalah pemenang pingat emas 1500m Kejohanan Olahraga Perak All-Comers 2022 minggu lepas, K Prabudass, selain Ahmad Luth Hazmizan, M. Sanjay dan Muhammad Amirul Arif Mohd Azri.
Sementara itu Presiden KOM Datuk SM Muthu berkata badan induk itu menetapkan sasaran membawa pulang lima pingat emas di Hanoi, sekali gus menyamai pencapaian edisi lepas.
"Kami juga berharap mampu meraih tujuh perak dan lima gangsa. Kami harap atlet boleh mencapai sasaran ini," katanya.
Pada edisi 2019, skuad olahraga negara berjaya menepati sasaran lima emas menerusi Muhammad Haiqal, Lee Hup Wei (lompat tinggi lelaki), Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera lelaki), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang lelaki) dan Yap Sean Yee (lompat tinggi wanita).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022

Terbuka Malaysia peluang Muhammad Haiqal (kiri) dan Khairul Hafiz layak ke Hanoi. - Foto fail

Forum PRU15 | Hadkan tempoh Perdana Menteri, elak kuasa berlebihan
Tempoh masa Perdana Menteri perlu dihadkan bagi mengelakkan individu tersebut bertindak seperti seorang ‘maharaja’, kata Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.25 peratus.

Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim akan lawat dua banglo di Country Heights, Kajang
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersetuju untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid.

UMNO Kalabakan sudah hantar senarai calon PRU-15
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.

Krisis Perubatan | Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor
Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turkiye berkata mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.

Banjir | Australia akan rangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.

Isu | Permintaan minyak masak paket naik mendadak
Permintaan minyak masak paket subsidi di kawasan luar bandar di Kelantan meningkat dua kali ganda selepas pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol. Menurut salah seorang pengilang yang dilantik oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tambahan kuota minyak paket subsidi diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Bekalan Makanan | Permintaan ayam naik dua kali ganda
Permintaan ayam segar di negara ini naik dua kali ganda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ia selepas orang ramai dibenar menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan rumah terbuka perayaan.

Bekalan Makanan | Penjual ayam perlu lebih masa jika operasi bertukar
Kerajaan perlu memaklumkan lebih awal jika putuskan untuk menarik semula larangan eksport ayam ke Singapura kerana banyak perkara perlu dilaksana penternak seperti mengaktifkan semula ternakan yang khusus untuk diimport. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ternakan yang dijual untuk pasaran tempatan tidak sama berbanding tujuan import.

Banjir | Memahami punca tragedi di Baling
Bencana banjir puing atau 'debris flood' seperti di Baling, lazimnya berpunca daripada kejadian tanah runtuh di puncak pergunungan, kata Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo.

Terbuka Malaysia: Zii Jia ketuai lima wakil negara ke pusingan kedua
Lee Zii Jia mengetuai lima daripada 11 wakil negara yang meneruskan cabaran ke pusingan kedua esok selepas selesai saingan pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, hari ini.

Penjenamaan SNBJ dalam perancangan untuk jana pendapatan - Ahmad Faizal
KBS tidak menolak kemungkinan menjual hak nama Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kepada rakan kongsi strategik untuk menaja pendapatan.

Kualiti padang 'memalukan', sampai bila akan terus hantui SNBJ?
Hampir 25 tahun usianya, SNBJ menjadi saksi kepada bermacam peristiwa, ada yang membanggakan negara namun tak kurang juga yang sedikit sebanyak mencalar imej Malaysia.

Kenapa saya pula dipersalahkan? - Syed Saddiq
Katanya, keuntungan Perbadanan Stadium Malaysia naik 400 peratus apabila beliau secara tegas mengamalkan sistem tender terbuka.

Stadium Nasional ditutup mulai Rabu
Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai Rabu.

KBS cadang AFC, FAM guna beberapa stadium elak gangguan apabila hujan
KBS mencadangkan AFC dan FAM menggunakan beberapa stadium bagi mengelakkan perlawanan terganggu apabila hujan.

Kelayakan Piala Asia: Gol penalti Bahrain ranap impian Malaysia kutip mata
Jaringan sepakan penalti Bahrain pada penghujung permainan meranapkan impian Malaysia untuk sekurang-kurangnya mendapat satu mata dalam saingan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia 2023.

PM saksi perlawanan Malaysia menentang Bahrain
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini meluangkan masa menyaksikan perlawanan kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain di Stadium Nasional di Bu

Kelayakan Piala Asia: Bahang Malaysia - Bahrain semakin membara
Kurang empat jam sebelum perlawanan antara Malaysia dan Bahrain malam ini, kehangatannya semakin terasa di sekitar Lembah Klang.

'Harimau' dari Melaka turun Bukit Jalil demi Malaysia
Batiar Mamat dan keluarga, dari Melaka, hadir ke stadium seawal jam 5.30 petang dan menariknya, anaknya turut membawa replika Harimau Malaya.