SUKAN
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
Aksi Kunlavut ketika menentang Wang Tzu Wei pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena, Kuala Lumpur, 7 Jan 2026. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menikmati hidangan enak bersama legenda dalam pertemuan yang jarang berlaku ternyata mampu menyuntik semangat yang luar biasa kepada seorang atlet.
Bagi pemain perseorangan lelaki utama Thailand Kunlavut Vitidsarn pertemuan terbaharu dengan idolanya Datuk Seri Lee Chong Wei memberikan suntikan semangat yang amat diperlukan kepadanya pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2026 yang sedang berlangsung di sini.
Kedua-duanya berkongsi hidangan bak kut teh, iaitu sajian yang menurut Kunlavut sentiasa dinikmatinya setiap kali berkunjung ke negara ini.
Pemain nombor dua dunia itu berkata pertemuan berkenaan bukan sahaja memberinya peluang untuk duduk semeja dengan legenda badminton, malah turut menyuntik motivasi tambahan ketika beliau memulakan kempen kejohanan itu.
"Setiap kali ke Malaysia, saya pasti akan makan bak kut teh. Sayalah yang menghantar mesej kepadanya (untuk mengajak makan bersama). Saya tidak tahu (nama restoran itu) tetapi lokasinya terlalu jauh dari hotel saya," katanya secara berseloroh kepada pemberita dalam temu bual selepas perlawanan di sini semalam.
Terdahulu, Kunlavut memulakan kempen kejohanan Super 1000 dengan cemerlang apabila mudah menewaskan pemain Taiwan Wang Tzu Wei 21-10, 21-13 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Walaupun pertemuan sebegitu jarang berlaku, pemain berusia 24 tahun itu berkata Chong Wei turut memberikan nasihat berharga kepadanya.
"Beliau (Chong Wei) berpesan supaya lebih menyerang dan memberi lebih tekanan kepada pihak lawan," katanya.
Sementara itu, juara dunia 2023 itu teruja dengan aksi sulung, menyifatkannya sebagai permulaan positif bagi tahun ini walaupun berdepan tekanan beraksi di gelanggang yang begitu besar.
Apabila ditanya mengenai sasaran beliau di Terbuka Malaysia 2026, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 itu berkata beliau mengambil pendekatan berhati-hati, langkah demi langkah, bagi pembuka musim ini.
Kunlavut seterusnya akan bertemu sama ada Koki Watanabe dari Jepun atau Weng Hong Yang dari China pada pusingan kedua hari ini.
Terbuka Malaysia 2026 yang bermula 6 Jan akan berlangsung hingga 11 Jan.
-- BERNAMA