SUKAN

Terbuka AS: Naomi Osaka tewaskan Serena Williams

Agensi 08/09/2018 | 22:21 MYT
Naomi Osaka mengucup trofi Terbuka AS selepas mengalahkan Serena Williams pada hari ke-13 kejuaraan itu di New York, AS, 8 Sept, 2018. Robert Deutsch-USA TODAY Sports / REUTERS
Naomi Osaka melakar sejarah selepas menjadi pemain Jepun pertama memenangi kejuaraan Grand Slam.

Ini selepas beliau menewaskan pemain Amerika Syarikat, Serena Williams 6-2, 6-4 dalam perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu waktu tempatan.

Osaka menguasai perlawanan tersebut dan selepas memenangi set pertama, kekecohan tercetus di Stadium Arther Ashe.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengadil Carlos Ramos terpaksa mengambil tindakan terhadap Serena, selepas pemenang Grand Slam 23 kali itu didapati melanggar peraturan di set kedua.

Jurulatih Serena, Patrick Mouratoglou didapati memberi isyarat tangan kepada Serena yang menyalahi undang-undang permaian.

Serena bukan sahaja hilang fokus malah mengherdik pengadil dengan kata-kata kesat yang menjadi antara punca kekalahannya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



#Grand Slam #naomi osaka #Serena Williams #tenis #Terbuka AS