SUKAN
Terbuka Perancis 2025: Aaron-Wooi Yik gagal ke final
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gambar) tumpas dua set di tangan beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri pada separuh akhir Terbuka Perancis di Cesson-Cevigne. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal mara ke final selepas tewas straight set kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri pada separuh akhir Terbuka Perancis 2025.
Pada aksi di Glaz Arena, gandingan nombor dua dunia itu tewas 14-21, 19-21 dalam masa 40 minit, menjadikan ia kekalahan kedua berturut-turut kepada pasangan Indonesia tersebut selepas pertembungan di Terbuka China pada Julai lepas.
Kekalahan itu bermakna tiada lagi wakil Malaysia dalam kejohanan itu.
Sementara itu, Fajar dan Muhammad Shohibul akan berdepan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae di final.
-- BERNAMA