SUKAN

Terbuka Perancis: Djokovic, Nadal berentap di suku akhir

Astro Arena 30/05/2022 | 00:45 MYT
Aksi Novak Djokovic ketika bermain menentang Diego Schwartzman dalam perlawanan pusingan ke-4 Kejohanan Tenis Terbuka Perancis di stadium Roland Garros, Paris, Perancis, 29 Mei 2022. (Foto AP)
NOVAK Djokovic bakal membuat perhitungan menentang Rafael Nadal dalam suku akhir Terbuka Perancis selepas menewaskan Diego Schwartzman, 6-1, 6-3, 6-3.

Djokovic masih belum kehilangan satu set dalam lapan perlawanan terakhirnya, sejak kemenangannya di Internazionali d'Italia, dan menghadapi sedikit masalah untuk meneruskannya pada pusingan keempat di Court Suzanne-Lenglen.

Pemain nombor 16 dunia, Schwartzman, menawarkan tentangan singkat untuk bertahan dalam permainan servis pembukaan yang panjang, tetapi pemain Serbia itu berjaya mematahkan lawannya pada servis seterusnya sebelum merebut set pertama dengan mudah.

Juara bertahan Roland Garros, Djokovic memanfaatkan persembahan Schwartzman yang penuh kesilapan pada set pertama, tetapi pemain berusia 35 tahun itu yang terkial-kial pada set kedua apabila dia ketinggalan 3-0.

Djokovic melakukan banyak kesilapan di jaring dengan pukulan kilasnya yang kebal, tetapi dia bertindak balas dengan cara yang tegas, rali untuk memenangi enam perlawanan seterusnya, dan Schwartzman gagal membalas asakan pemain nombor satu dunia itu.

Djokovic berjaya mendahului 4-2 sebelum menoktahkan kemenangan, menempah tempatnya ke suku akhir bertemu Nadal yang mengatasi Felix Auger-Aliassime.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



#Novak Djokovic #Rafael Nadal #Terbuka Perancis #tenis