[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Terbuka Rotterdam: Pemain kurang ternama singkir Shapovalov

Astro Arena 09/02/2022 | 23:44 MYT
Denis Shapovalov (gambar) tidak akan berada dalam pusingan kedua Terbuka Rotterdam selepas tewas kepada Jiri Lehecka pada Rabu. - Gambar fail REUTERS
JUARA bertahan Terbuka Rotterdam, Andrey Rublev, dan pemain nombor empat dunia, Stefanos Tsitsipas, pada Rabu melepasi ujian pembukaan mereka tetapi Denis Shapovalov tidak akan berada dalam pusingan kedua.
Rublev menewaskan Henri Laaksonen 6-4 6-sementara pilihan utama, Tsitsipas, perlu mengerahkan keringat sebelum mengetepikan Alejandro Davidovich Fokina 7-5, 6-7 (1-7), 6-4 selepas 2 jam 39 minit di gelanggang.
Selepas kemenangannya itu, Tsitsipas menghamburkan pujian kepada lawannya itu dengan berkata: "Ia adalah pertarungan yang hebat; dia menjelmakan permainan terbaiknya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia sangat bersemangat hari ini dan memberikan yang terbaik dalam setiap pukulan. Dia membuat pukulan deras ke belakang garisan. Dia salah seorang pemain muda terbaik yang pernah saya hadapi."
Bagaimanapun, pemain nombor 12 dunia, Shapovalov, tidak bernasib baik apabila tewas mengejut kepada pemain kelayakan daripada Republik Czech, Jiri Lehecka, 4-6, 4-6.
#terbuka rotterdam #Denis Shapovalov #Stefanos Tsitsipas #Jiri Lehecka