Terbuka Rotterdam: Tsitsipas terlalu bagus buat De Minaur

Astro Arena
Februari 12, 2022 04:32 MYT
Stefanos Tsitsipas (gambar) ketika bermain menentang Alex de Minaur dalam kejohanan tenis Terbuka Rotterdam di Ahoy Arena, Rotterdam, Belanda, 11 Feb 2022. (Foto AP)
PUKULAN bertenaga dan aksi menarik yang dipamerkan Stefanos Tsitsipas menyaksikan pemain itu mudah mengatasi Alex De Minaur untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Rotterdam pagi tadi.
Pemain Greece itu belum pernah memenangi sebarang gelaran dalam siri kejohanan ATP 500 tetapi semakin hampir untuk menamatkan penantian itu selepas menewaskan lawan dari Australia berkenaan 6-4, 6-4 dalam masa 90 minit.
Rentak cemerlang yang dipamerkan De Minaur sebelum ini akhirnya terhenti di tangan Tsitsipas, yang merekodkan 19 winner dan memenangi 27 daripada 33 mata servis (82 peratus).
Bercakap selepas perlawanan itu, Tsitsipas berkata: "Saya mengambil sedikit masa. Saya mencuba untuk memahami apa yang dapat membantu saya dan apa yang tidak.
"Dan dengan momentum yang betul, niat yang betul, semuanya seakan-akan berbaloi.
"Saya dapat mendahului dan ia memberikan saya keyakinan. Saya fikir servis saya amat baik hari ini, ia memberikan saya banyak mata dan memberikannya tekanan," katanya.
Titsipas seterusnya akan bertemu pemain Republik Czech daripada pusingan kelayakan, Jiri Lehecka, dalam penentuan ke final.

Melbourne Rotterdam Another semi-final in 2022 for @steftsitsipas #abnamrowtt pic.twitter.com/I87RkmBYeL

— Tennis TV (@TennisTV) February 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#tenis #Stefanos Tsitsipas #terbuka rotterdam #Alex de Minaur