Terbuka Scotland: Tze Yong sahkan kejuaraan

Astro Arena
November 28, 2021 20:55 MYT
Tze Yong mengorak langkah sejak awal permainan lagi cuma dituntut untuk menafikan kebangkitan lawannya di pertengahan set kedua. - Foto BWF/Astro ARENA
PERSEORANGAN negara, Ng Tze Yong, kembali menikmati gelaran juara dengan mengetepikan cabaran rakan senegara, Soong Joo Ven, dengan straight set dalam perhitungan akhir Terbuka Scotland, malam tadi.
Selepas mengungguli Terbuka Poland pada Mac lalu disusuli Kejohanan Antabarangsa Belgium, bulan lalu, pemain berumur 21 tahun itu mengesahkan gelaran ketiganya pada tahun ini dengan kesemuanya dikecapi di Eropah menerusi keputusan 21-18, 21-14.
Tze Yong mengorak langkah sejak awal permainan lagi cuma dituntut untuk menafikan kebangkitan lawannya -- yang memiliki jurang usia selama lima tahun itu -- di pertengahan set kedua untuk memuktamadkan aksi selama 50 minit itu.
Sumber Facebook BAMalaysia
Sumber Facebook BAMalaysia
#Ng Tze Yong #Soong Joo Ven #Terbuka Scotland