[TERKINI] Hamas Serah 7 Tebusan Israel kepada ICRC di Gaza – Fasa Pertama Gencatan Senjata Bermula
SUKAN

Terbuka Silicon Valley: Sivasangari mara ke suku akhir

Bernama 13/10/2025 | 03:45 MYT
Sivasangari (gambar) dijadual bertemu wakil tuan rumah Amanda Sobhy bagi memburu slot ke separuh akhir Terbuka Silicon Valley. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari mara ke pusingan suku akhir kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat selepas menewaskan wakil Mesir Kenzy Ayman hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di SquashZone, pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan dengan masalah untuk menang straight set 11-4, 11-9, 11-8 dalam tempoh 23 minit.

Sivasangari dijadualkan bertemu wakil tuan rumah Amanda Sobhy bagi memburu slot ke separuh akhir.

Terdahulu, Amanda mara selepas menidakkan cabaran wakil Mesir Nour Aboullmakarim 11-4,11-4, 11-3 dalam tempoh 21 minit.

Sementara itu, kempen Rachel Arnold berakhir selepas tewas 11-6, 4-11, 11-9, 8-11, 9-11 dalam perlawanan menentang pilihan keempat kejohanan, Georgina Kennedy dari England.

-- BERNAMA



#S Sivasangari #Skuasy #Amerika Syarikat #Terbuka Silicon Valley