SPORTS
Terbuka Singapura: Jun Hao cipta sensasi, singkir Jonatan Christie
Jun Hao yang berada dalam keadaan kurang sihat tetap mempamerkan semangat juang tinggi untuk menang straight set 21-16, 21-19. - Facebook Badminton Association of Malaysia
SINGAPURA: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencipta kejutan besar apabila menumbangkan pemain nombor lima dunia dari Indonesia, Jonatan Christie, sekali gus melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2024.
Dalam aksi penuh semangat di Stadium Tertutup Singapura hari ini, Jun Hao yang berada dalam keadaan kurang sihat tetap mempamerkan semangat juang tinggi untuk menang straight set 21-16, 21-19 dalam tempoh 53 minit.
"Sejak tiba di Singapura, saya memang rasa kurang sihat. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan, tetapi saya tetap fokus dan tidak mudah mengalah," katanya kepada Bernama.
Jun Hao yang menghuni ranking ke-25 dunia mara ke pusingan kedua secara percuma selepas menerima walkover pada pusingan pertama.
Mengulas lanjut perlawanan itu, Jun Hao berkata beliau cuba menyesuaikan diri secepat mungkin dengan keadaan gelanggang serta tidak tergugat walaupun Jonatan cuba bangkit dengan corak permainan lebih agresif pada set kedua.
"Dia ubah taktikal, tapi saya dapat bertahan dan kekalkan momentum hingga ke penghujung," katanya.
Kemenangan itu merupakan kali ketiga buat Jun Hao dalam lima pertemuan dengan Jonatan dan lebih manis, ia menyaksikan beliau layak ke suku akhir buat pertama kali musim ini selepas hanya mampu mara ke pusingan kedua di Terbuka India pada Januari dan Terbuka Swiss Mac lalu.
Jun Hao, satu-satunya wakil negara dalam acara perseorangan lelaki kejohanan bertaraf Super 750 itu, kini berazam untuk terus memperbaiki prestasi demi melakar kejayaan lebih cemerlang.
"Sejak tahun lepas, prestasi saya tidak konsisten. Jadi mulai sekarang, saya mahu berikan yang terbaik," katanya.
Beliau dijadual bertemu pilihan kedua kejohanan yang juga pemain nombor dua dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam aksi suku akhir esok.
Kunlavut,juaraTerbuka Thailand, dua minggu lepas, sebelum itu menewaskan pemain China, Wang Zheng Xing 21-8, 21-17.
-- BERNAMA