SUKAN
  
            Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik tewaskan juara remaja dunia Indonesia
Aaron dan Wooi Yik menepati ramalan apabila memperoleh kemenangan mudah 21-12  dalam set pertama. - Foto: StadiumAstro.com
            
      BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua selepas menewaskan gandingan juara remaja dunia dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.
Aaron dan Wooi Yik, yang merupakan beregu pilihan kelapan kejohanan, menepati ramalan apabila memperoleh kemenangan mudah 21-12 dalam set pertama.
Bagaimanapun, siri unforced-error yang dilakukan kedua-dua pemain itu memperlihatkan betapa mereka bergelut dalam set kedua sebelum tewas 6-21.
Naib juara Kejohanan Seluruh England 2019 itu mula kembali mempamerkan persembahan terbaik mereka dalam set penentuan untuk menamatkan pertarungan selama 38 minit itu dengan kemenangan 21-12.
Menanti mereka dalam suku akhir esok adalah pasangan profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
    
      #beregu lelaki negara
    
      #Aaron Chia
    
      #Soh Wooi Yik
    
      #kejohanan badminton
    
      #Terbuka Thailand
    
      #juara remaja dunia
    
      #Indonesia
    
      #leo rolly carnando
    
      #daniel marthin
    
      #badminton