awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Thailand: Momota positif COVID-19, pasukan Jepun tarik diri

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2021
01:04 MYT
Terbuka Thailand: Momota positif COVID-19, pasukan Jepun tarik diri
Momota ingin buat kemunculan semula di pentas antarabangsa selepas berehat hampir setahun susulan terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkannya cedera parah awal 2020. - Gambar fail REUTERS
PEMAIN badminton nombor satu dunia Kento Momota disahkan positif jangkitan COVID-19.
Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Ahad, ia sekali gus mendorong semua pemain daripada pasukan Jepun untuk menarik diri daripada menyertai Kejohanan Terbuka Thailand bulan ini.
Momota, 26 tahun, ingin membuat kemunculan semula di pentas antarabangsa di Bangkok selepas berehat hampir setahun susulan terlibat dalam kemalangan kenderaan yang mengakibatkannya mengalami kecederaan parah.
Juara dunia dua kali itu diuji positif di Lapangan Terbang Narita sebelum pasukan Jepun bertolak ke Thailand.
“Persatuan Badminton Nippon (NBA) kemudian membatalkan penyertaan pemain perseorangan dan beregu daripada Yonex Terbuka Thailand yang berlangsung dari 12 hingga 17 Januari dan Toyota Terbuka Thailand dari 19 hingga 24 Januari ini,” kata BWF dalam satu kenyataan.
BACA: Momota akui fikirkan persaraan selepas kemalangan di Malaysia
Ketiadaan kontinjen Jepun mempengaruhi kualiti perlawanan di kedua-dua Terbuka Thailand dengan pemain China yang menarik diri daripada kejohanan tersebut ekoran kebimbangan akan wabak COVID-19.
Perlawanan tersebut menjadi yang terakhir untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir yang bakal berlangsung dari 27 hingga 31 Januari ini.
Topic Berkaitan
#Kento Momota
#COVID-19
#Thailand
#BWF
#badminton
#kemalangan
#Bangkok
#China
#Toyota
#Jepun
#Malaysia
#kes positif
#Lapangan Terbang Narita
#NBA
#Toyota Terbuka Thailand
#Yonex Terbuka Thailand
#perlawanan
#Jelajah Dunia Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan