SUKAN

Terbuka AS: Thiem bertemu Zverev di final

Astro Arena 12/09/2020 | 10:21 MYT
Thiem - wakil Austria pertama mara ke final dalam Terbuka AS -- bakal meletakkan sasaran untuk menjulang gelaran utama. - Gambar fail
DOMINIC Thiem mara ke final grand slam kedua tahun ini hasil kemenangan straight set ke atas Daniil Medvedev dalam Terbuka AS, sebentar tadi.

Thiem menggunakan setiap peluang yang dilepaskan oleh Medvedev, apabila berjaya mengatasi naib juara 2019 itu 6-2, 7-6 (9-7), 7-6 (7-5) untuk menempah pertembungan dengan Alexander Zverev di Flushing Meadows.

Medvedev memulakan permainan dalam set kedua dan ketiga tetapi pilihan ketiga itu gagal menggunakan peluang terhidang sekaligus menyaksikan wakil kelahiran Russia itu tumbang di New York.

Thiem –- wakil Austria pertama mara ke final dalam Terbuka AS -- bakal meletakkan sasaran untuk menjulang gelaran utama selepas tewas kepada Novak Djokovic dalam saingan Terbuka Australia 2020.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Australia #Daniil Medvedev #Dominic Thiem #Grand Slam #MARA #New York #Novak Djokovic #Tenis Terbuka Amerika Syarikat