Terbuka AS: Williams atasi Ahn dalam pusingan pertama

Astro Arena
September 2, 2020 06:02 MYT
Serena Williams (gambar) membalas pukulan Kristie Ahn ketika beraksi dalam perlawanan pusingan pembukaan Terbuka AS di New York, 1 Sept, 2020. (Foto AP)
SERENA Williams memulakan bidaannya untuk merangkul gelaran Grand Slam ke-24 selepas bertarung dengan Kristie Ahn dalam pusingan pembukaan Terbuka AS.
Bekas pemain nombor satu dunia, Williams, merangkul gelaran Grand Slam terakhirnya dan yang ke-23 pada Terbuka Australia 2017, tewas dalam empat final sejak kejayaannya terakhir di Melbourne Park.
Tetapi dalam usaha menyamai rekod Margaret Court, juara enam kali Terbuka AS dan pilihan ketiga, Williams, memulakan kemenangan dengan baik di New York, di mana bintang Amerika itu mengatasi rakan senegara, Ahn 7-5, 6-3 di Stadium Arthur Ashe.
Williams akan bersemuka Margarita Gasparyan untuk merebut slot di pusingan ketiga selepas memecahkan rekod untuk kemenangan paling banyak dalam aksi perseorangan (102) dalam sejarah Terbuka AS.

Another day, another record for one of the greatest to ever do it.@SerenaWilliams I #USOpen pic.twitter.com/6l559C0Bq3

— US Open Tennis (@usopen) September 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kristie Ahn #Serena Williams #tenis #tennis #Terbuka AS