SUKAN
Terengganu Football Club perjelas isu dikenakan sekatan FIFA
TFC dilapor menjadi pasukan Liga Super terbaharu yang diletakkan dalam senarai sekatan perpindahan selepas hukuman itu dikenakan FIFA Jumaat lepas.
KUALA NERUS: Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) telah menjelaskan semua tunggakan bayaran kepada pemain import Terengganu FC (TFC) musim lepas, sebelum keputusan rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dikeluarkan.
TFCSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah menjalankan tanggungjawab secara profesional dan mematuhi prosedur perundangan bola sepak antarabangsa.
"TFCSB ingin membuat penjelasan berhubung isu yang diperkatakan iaitu melibatkan sekatan (perpindahan pemain) yang dikenakan FIFA ke atas TFC baru-baru ini.
"Untuk makluman TFCSB telah membuat pembayaran kepada pemain import musim lepas lebih awal sebelum FIFA mengeluarkan keputusan rasmi. Tindakan diambil sebagai komitmen kelab untuk menyelesaikan perkara tersebut mengikut peraturan," menurut kenyataan itu.
Dilaporkan TFC menjadi pasukan Liga Super terbaharu yang diletakkan dalam senarai sekatan perpindahan selepas hukuman itu dikenakan FIFA Jumaat lepas.
Semakan di laman sesawang badan induk bola sepak antarabangsa itu mendapati TFC tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti perpindahan untuk tiga jendela akan datang.
TFCSB juga memaklumkan pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada badan induk bola sepak dunia itu untuk memaklumkan mengenai pembayaran yang dibuat.
Sehubungan itu, pihak pengurusan masih menunggu maklum balas rasmi daripada FIFA dan akan mematuhi sebarang keputusan yang ditetapkan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
"TFCSB sentiasa komited untuk bertindak secara profesional dan telus, selain memastikan setiap urusan melibatkan kelab diselesaikan mengikut garis panduan yang sah.
"Kelab akan berkongsi perkembangan terbaharu sebaik menerima keputusan daripada FIFA," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA