SPORTS
Terima kasih JDT, jumpa lagi nanti - Ruo Han
Ruo Han berterima kasih kepada kelab kerana menjaga dirinya dengan baik sepanjang kariernya di JDT. - Stadium Astro
"TERIMA KASIH JDT, jumpa lagi nanti."
Ringkasan AI
- Selepas tujuh tahun bersama kelab, pemain tengah itu memuat naik ucapan penghargaan kepada Pemilik Kelab, Tunku Mahkota Ismail, dan mengingati kenangan suka duka sepanjang berada di JDT.
- Berasal dari Kulim, Kedah, Ruo Han menyertai akademi JDT selepas memenangi program pencarian bakat Mencari Ramli musim ke-6 dan kemudian beraksi dengan JDT II sebelum dimasukkan ke skuad utama untuk AFC Champions League pada 2021.
- Dalam ucapan perpisahannya, Ruo Han berterima kasih kepada kelab kerana menjaga dirinya dengan baik sepanjang kariernya dan berharap dapat bertemu semula dengan JDT di masa akan datang.
Demikianlah ucapan terakhir tonggak tengah JDT, Chia Ruo Han apabila memuat naik salam perpisahan kepada pasukan itu selepas tujuh tahun bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).
Ruo Han, menerusi dalam satu hantaran di Instagram mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih buat Pemilik Kelab, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di atas jasa baik menjaganya selama ini.
“Selepas tujuh tahun yang penuh kenangan, tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Terima kasih kepada Pemilik Kelab, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor,” tulis Ruo Han.
“Sepanjang detik suka, duka, dan juga kecederaan, kelab ini selalu menjaga saya dengan sangat baik. Terima kasih JDT, dan semoga kita berjumpa lagi,” tambah pemain itu lagi.
Untuk rekod, Ruo Han yang berasal dari Kulim, Kedah sertai akademi JDT pada tahun 2018 ketika berusia 17 tahun yang juga juara program pencarian bakat, Mencari Ramli musim ke-6.
Ruo Han dilihat banyak beraksi untuk pasukan feeder, JDT II bermula tahun 2021 namun beliau pernah berada di dalam senarai skuad utama ke AFC Champions League pada tahun 2021. -- Stadium Astro