[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

'Terima kasih TMJ kerana merevolusikan bola sepak Johor' - media sosial

Kohilah Sekaran 12/07/2015 | 12:54 MYT
Para netizen hari ini telah dikejutkan dengan peletakan jawatan Tunku Ismail sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Pengikut media sosial hari ini telah dikejutkan dengan berita peletakan jawatan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor FA) melalui satu kenyataan media.
Pengisytiharaan yang dibuat oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Mohd Fahmy Yahya nampaknya telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen.
Rata-rata pengamal media sosial melahirkan rasa kecewa mereka terhadap keputusan TMJ yang mengejutkan ini.
Seorang pengguna Twitter bernama Farah bertanya “kenapa TMJ letak jawatan? You did very well.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala Klubbkiddkl pula berkata, "seluruh bangsa Johor bersedih, harap perjuangan TMJ terus ke FAM."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang lagi pengguna Twitter bernama Sir Aiyel Edham berkata, "Tapi apa pun, kita sebagai bangsa Johor, jangan gopoh, TMJ masih milik JOHOR. Kita steady!"
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Erwn Zaid pula berpendapat TMJ mungkin melepaskan jawatan sebagai presiden PBNJ kerana ingin memberi tumpuan kepada pembangunan negeri Johor.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga diantara mereka yang mengucapkan terima kasih kepada putera Johor tersebut atas jasa baginda dalam merevolusikan pasukan bola sepak Johor.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, segelintir netizen turut mempersoal jika TMJ akan dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Komen media sosial berkaitan peletakan jawatan TMJ
Terdahulu, Mohd Fahmy mengisythiharkan peletakan jawatan Tunku Ismail sebagai Presiden Johor FA melalui satu kenyataan rasmi Facebook.
#bola sepak #Johor #letak jawatan #media sosial #TMJ