Terjun: Dhabitah pengsan sebelum aksi sebenar

Astro Arena
Ogos 26, 2017 07:57 MYT
Ketika menjalani latihan, Nur Dhabitah pengsan dan ia sedikit sebanyak menjejaskan persembahannya. Foto Astro ARENA
DI SEBALIK kejayaan Nur Dhabitah Sabri yang merangkul pingat perak acara 3 meter papan anjal individu wanita, dia sebenarnya mengalami kecederaan belakang sehingga pengsan, awal pagi tadi sebelum memulakan aksi dalam temasya KL2017.
Kecederaan yang berlaku sewaktu sesi latihan itu sedikit merencatkan persembahannya namun tetap bersyukur untuk sekurang-kurangnya meraih perak.
"Ketika menjalani latihan, saya pengsan.
"Leher saya tidak boleh bergerak.
"Ia sedikit sebanyak menjejaskan persembahan saya.
"Bagaimanapun, jurulatih berpuas hati dengan persembahan saya untuk meraih perak," katanya.
#KL2017 #Nur Dhabitah Sabri #papan anjal individu #pingat perak #Sukan SEA #wanita