SELEPAS hampir setahun tidak terbabit dalam kejohanan, gandingan penerjun negara, Wendy Ng-Nur Dhabitah Sabri, unggul untuk membantu Malaysia merangkul pingat emas kedua buat negara dalam Kejohanan Online ASUM apabila mendominasi 3 meter wanita seirama.
Mereka cemerlang mengumpul 298.98 mata keseluruhan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, pada hari pertama yang menawarkan tiga emas, apabila jauh meninggalkan Zara Tullipan dan Milly Puckeridge dari Australia yang sekadar meraih 239.43 mata sementara Harriet Kaan dan Ellie Cole -- juga dari Australia -- di tempat ketiga.
Terlebih dahulu dalam kategori 3 meter papan anjal lelaki, Malaysia mempertaruhkan Ooi Tze Liang, Chew Yi Wei dan Syafiq Puteh.
Tze Liang dan Yi Wei tiada masalah mara final untuk berentap dengan enam lagi peserta sementara Syafiq terkandas di peringkat saringan.
Tze Liang cemerlang memperagakan rutin kemas untuk menghimpunkan 408.05 mata bagi memastikan emas menjadi miliknya.
"Ini bentuk kejohanan yang baru, satu pengalaman yang agak menarik.
"Tahap persembahan saya agak sederhana, ada juga berlaku kesilapan tadi jadi aksi hari ini tidaklah terlalu bagus atau buruk," katanya pada Sabtu.
Yi Wei yang menyambar tempat kedua dengan terjunan 365.60 mata tetap berpuas hati dengan mutunya berdasarkan kriteria persiapan yang telah ditempuhinya.
"Aksi hari ini mencetuskan semangat seperti kejohanan kompetitif.
"Oleh kerana saya lebih memberi tumpuan kepada membina kekuatan, saya berasa gembira dengan prestasi kali ini," katanya.
Astro Arena
Sun Dec 06 2020
Tze Liang cemerlang memperagakan rutin kemas untuk menghimpunkan 408.05 mata bagi memastikan emas menjadi miliknya. - Twitter #TeamMALAYSIA
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
PM ajak rakyat Malaysia doakan kejayaan kontinjen negara di Sukan Olimpik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menzahirkan sokongan padu buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Olimpik Paris 2024: Buruan emas pertama negara bermula esok
Selepas bertahun-tahun perancangan dan persiapan rapi, penganjur bersedia untuk menganjurkan Paris 2024 dengan penuh tenaga.
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
Bertrand, Nur Shazrin pembawa Jalur Gemilang Olimpik Paris 2024
Upacara perasmian dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot membawa para atlet bagi setiap delegasi negara.
Sambutan Hari Olimpik Sedunia secara besar-besaran tingkat kesedaran Paris 2024 - Norza
Sambutan berskala besar dapat meningkatkan kesedaran rakyat untuk memberikan sokongan padu buat Kontinjen Malaysia.
Dr Wan Azizah harap rentak cemerlang diteruskan di Sukan Paralimpik 2024
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap agar momentum kecemerlangan atlet negara pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 diteruskan pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris.
APG 2022: Sasaran 35 pingat dicapai, Malaysia tetap buru pingat esok
Malaysia sudah boleh mendabik dada dengan pencapaian kontinjen negara setelah berjaya mencapai sasaran 35 pingat.
APG 2022: Sasaran 35 pingat semakin hampir
Kontinjen negara di APG Hangzhou 2022 semakin menghampiri sasaran 35 pingat ditetapkan selepas berakhirnya saingan hari ketiga temasya itu, hari ini.
APG 2022: Permulaan positif kontinjen negara, raih enam pingat di hari pertama
Hari pertama Sukan Para Asia 2022 menyaksikan kontinjen negara beraksi cemerlang apabila meraih satu emas, dua perak dan tiga gangsa.