SUKAN
TERKINI: TMJ percaya pemain warisan tidak terlepas hukuman FIFA
Tunku Ismail turut menekankan bahawa baginda hanya membantu pasukan kebangsaan melalui dana kerajaan dan tidak berhubung langsung dengan pemain. - Gambar/ Stadium Astro
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, percaya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan berganjak dengan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain 'Malaysia Abroad' menjelang Tribunal Bola Sepak badan induk dunia itu, Jumaat depan.
Ringkasan AI
"Saya tidak rasa FIFA akan tukar keputusan cuma kalau ada ringankan hukuman. Berapa lama? Itu kita tidak tahu.
"Walaupun apa jua keputusan itu, peguam cari jalan untuk selesaikan isu ini.
"Kalau nak kata ia kesalahan pemain -- pemain tidak tahu apa-apa...
"... (tapi) peraturan tetap peraturan. Kita tidak patut biar, lawan daripada segi undang-undang di mana kita rasa patut," jelas baginda dalam siaran langsung satu sidang media di Dorsett Grand Subang, sebentar tadi.
Tambah baginda lagi: "Saya akan berjuang untuk mereka.
"Mereka rakyat Malaysia dan mereka berhak mewakili negara.
"Salahkan sesiapa (?)... saya lebih berminat untuk mencari jalan untuk selesaikan isu ini.
"Kalau kerajaan mengesahkan dokumen itu sahih, saya tidak rasa rakyat Malaysia nak mempersoalkan integriti negara saya," titah baginda.
Dalam masa sama, Tunku Ismail menjelaskan bahawa baginda hanya sebahagian daripada industri bola sepak dan sekadar bertindak membantu pasukan kebangsaan menerusi dana daripada kerajaan.
Malah, baginda tidak berhubung dengan mereka secara langsung dan cuma mengarahkan sama ada ejen atau pencari bakat merujuk perinciannya kepada FAM.
"Hanya tujuh (orang pemain warisan) sahaja yang lulus dan kelulusan (diberikan oleh) sistem JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), yang lain tidak lulus," tambahnya.
Situasi itu mendorong FAM untuk menggantung Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman pada 17 Oktober lalu, namun pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak bersetuju, sebaliknya menyeru semua pihak agar mencari jalan penyelesaian.
"Saya rasa penggantungan terhadap Setiausaha Agung FAM (Datuk Noor Azman Rahman) tidak patut. Saya tidak bersetuju.
"Saya fikir dalam hal ini, ramai yang terlibat dengan FAM dalam apa sahaja cara. Semua harus bertanggungjawab termasuk CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan semua orang," titah baginda. - Stadium Astro
Ringkasan AI
- Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim percaya FIFA tidak akan mengubah keputusan terhadap hukuman ke atas FAM dan tujuh pemain warisan, namun mungkin mempertimbangkan pengurangan hukuman. Baginda menegaskan pentingnya mencari penyelesaian undang-undang dan mempertahankan hak pemain mewakili negara.
- Baginda menjelaskan hanya tujuh pemain lulus melalui sistem JPN, manakala selebihnya gagal. Tunku Ismail tidak bersetuju dengan penggantungan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, dan menyeru semua pihak dalam FAM bertanggungjawab secara kolektif.
- Tunku Ismail turut menekankan bahawa baginda hanya membantu pasukan kebangsaan melalui dana kerajaan dan tidak berhubung langsung dengan pemain, sebaliknya menyerahkan urusan kepada ejen dan pencari bakat yang merujuk kepada FAM.