awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tersingkir daripada UCL, Juventus pecat Sarri

Astro Arena
Astro Arena
08/08/2020
23:01 MYT
Tersingkir daripada UCL, Juventus pecat Sarri
Maurizio Sarri. - Gambar fail
JUVENTUS telah mengesahkan Maurizio Sarri telah dipecat berikutan kegagalan pasukan melepasi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).
Keputusan itu telah dikeluarkan selepas Sarri dan Juve dikejutkan dengan penyingkiran daripada saingan UCL di tangan Lyon, tewas menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan apabila perlawanan berkesudahan 2-2 secara agregat.
Gagal layak ke pusingan seterusnya menyaksikan bekas pengendali Napoli dan Chelsea itu kehilangan tugas di sebalik kejayaan memastikan kejuaraan Serie A kesembilan berturut-turut buat Juve.
"Kelab Bolasepak Juventus mengumumkan bahawa Maurizio Sarri telah dilepaskan sebagai jurulatih skuad utama," menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab.
"Kelab mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau selepas memahat satu lagi sejarah baru buat Juventus dengan kejayaan meraih gelaran Serie A buat kali kesembilan berturut-turut."
Laporan di Itali mencadangkan Mauricio Pochettino -- tanpa sebarang tugas sejak dipecat oleh Tottenham November lalu -- menjadikan dirinya sebagai calon utama.
Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, yang menikmati lima musim sebagai pemain bersama The Bianconeri, dan Simone Inzaghi, yang mengendalikan Lazio, turut dikaitkan kerusi panas di Juve.
Topic Berkaitan
#jurulatih
#Juventus
#Maurizio Sarri
#pecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan