awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki

Agensi
Agensi
30/01/2025
01:30 MYT
Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat apabila segelintir besar peminatnya sanggup melakukan apa sahaja untuk menghormati bintang bola sepak Brazil itu.- Gambar Reuters
SAO PAULO: Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat apabila segelintir besar peminatnya sanggup melakukan apa sahaja untuk menghormati bintang bola sepak Brazil itu.
Salah seorang peminat Neymar berusia 18 tahun, Kaique Menezes, memberi penghormatan kepada Neymar dengan mengukir tatu di kaki yang didedikasikan untuk bintang Brazil berusia 32 tahun itu.
"Sejak saya mengetahui Neymar akan datang ke Santos, saya ingin mendapatkan tatu dirinya kerana saya merupakan peminat tegar sejak kecil.
"Saya meminta artis tatu saya untuk mencipta karya seni untuk menunjukkan kasih sayang saya kepada Neymar.
NEYMAR sah kembali ke kelab lamanya, Santos FC selepas menamatkan kontrak lumayan bernilai 130 juta pound (RM707 juta) setahun dengan kelab Arab Saudi, Al-Hilal.
Bekas penyerang Paris Saint-Germain itu telah bersetuju dengan kontrak enam bulan bersama Santos di Brazil yang menjadi kelab pertama tempat dia mencipta nama.
Kontrak baharu Neymar di Santos termasuk gaji pokok sebanyak 135,507 pound (RM737,795) sebulan, pengurangan yang besar daripada pendapatan yang diperolehnya di Arab Saudi.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Brazil
#Santos FC
#Neymar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan