awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teruskan menyokong, kami sedang cipta sesuatu luar biasa - Cklamovski

Bernama
Bernama
26/03/2025
05:05 MYT
Teruskan menyokong, kami sedang cipta sesuatu luar biasa - Cklamovski
Skuad kendalian Cklamovski mendapat manfaat daripada kemudahan latihan dan stadium canggih milik JDT sepanjang kem latihan pusat selama lapan hari di Johor Bahru. - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI: Kemenangan 2-0 ke atas Nepal dalam perlawanan pertama Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi, adalah pencapaian yang boleh diraikan oleh penyokong skuad Harimau Malaya.
Pengendali skuad kebangsaan Peter Cklamovski memuji komitmen dan dedikasi pemainnya sambil menekankan bahawa pasukan sedang dalam usaha membina skuad yang lebih berdaya saing.
"Saya harap rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian pasukan dan pemain kerana berjaya meraih kemenangan dan terus menyokong usaha kami untuk membina sesuatu yang luar biasa buat negara.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana menyediakan kem latihan ini. Pusat latihan, stadium, latihan di stadium, menginap di hotel hebat - ini adalah persekitaran profesional terbaik untuk kami membuat persiapan, sepadan dengan prestasi. Tanpa baginda semua ini tidak mungkin berlaku," katanya pada sidang media selepas perlawanan berkenaan malam tadi.
Skuad kendalian Cklamovski mendapat manfaat daripada kemudahan latihan dan stadium canggih milik Johor Darul Ta'zim (JDT) sepanjang kem latihan pusat selama lapan hari di Johor Bahru sebelum perlawanan menentang Nepal.
Pada perlawanan malam tadi, pemain warisan baharu Hector Hevel meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-29 sebelum pertahanan Corbin Ong menggandakan jaringan pada minit ke-71 untuk memastikan kemenangan skuad negara.
Ia adalah kemenangan pertama jurulatih dari Australia itu sejak diumumkan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada Disember lepas.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi, Vietnam bermula dengan cemerlang apabila menang besar 5-0 ke atas Laos di Stadium Binh Duong, sekali gus menduduki tangga teratas kumpulan dengan tiga mata, sama dengan Malaysia di tempat kedua.
Malaysia akan menerima kunjungan Vietnam pada 10 Jun sebelum berdepan Laos pada 9 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Peter Cklamovski
#Kelayakan Piala Asia 2027
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan